Friday 24 October 2014

Rumahku

Melihat keadaan rumah yang dibeli tetapi tidak pernah diduduki terasa sungguh sayu dan hiba.  Namun kupujuk hati ini, rumah yang satu-satunya milikku ini belum lagi diizinkan olehNYA untuk didiami. Benarlah apa-apa pun semuanya milik DIA.  Aku berjaya membeli tetapi gagal untuk mendiami. Jadilah kami yang diizinkan olehNYA merasai nikmat tempat tinggal yang selesa tetapi bukan untuk memiliki.

Syukur padaMU, dan kami akur apa jua yang Engkau berikan kepada kami.  Engkau beri peluang kami berteduh dari panas dan hujan di bumi milikMU ini.



Pandanglah le Faris,  wahai anakku

Hero yang semakin membesar


Moga menjadi mujahid dimataNYA

Saturday 6 September 2014

Lamanya Tidak Menulis

Hari ini terpanggil untuk menjenguk Blog yang telah lama ditinggalkan. Terasa betul-betul rindu. Tiada alasan untuk  meninggalkan medan dakwah melalui alam maya ini.

Moga Allah berikan masa dan jalan untuk terus menulis agar dapat menjadi ibadah kepadaNYA.



Wednesday 11 April 2012

Institusi Usrah

Bila dihitung-hitung rupanya hampir 5 tahun lebih saya telah berada di adalam institusi usrah.  Sebuah majlis ilmu yang diberikan olehNya kepada saya dengan nikmat yang tiada tolok bandingnya.  Biar pun semasa mula mengenalinya dulu berbagai-bagai persoalan menerjah ke fikiran ini.  Namun rupanya betapa indahnya bila saya berada di dalam institusi ini.  KepadaNya saya panjatkan rasa syukur yang amat sangat.

Biar pun penat,  sibuk,  dan banyak halangan lain seboleh-boleh majlis ilmu ini saya berusaha sedaya upaya untuk tidak menguzurkan diri.  Tidak seperti majlis ilmu yang lain saya merasakan  roh usrah begitu mendekatkan saya denganNya.  Di usrahlah saya lebih mengenali siapakah Rab? seterusnya mengenali siapa pula saya di sisi Rab.  Bukan mudah untuk beristiqamah dengan kebaikan tetapi percayalah dengan usrah banyak membantu ke arah istiqamah yang sebenar. 

Terima kasih banyak-banyak kepada naqibah dan murabbi yang tidak jemu-jemu membimbing saya serta akhwat-akhwat  yang sentiasa berkasih sayang demiNYA. Jom  berusrah...????////


Tuesday 13 December 2011

Muharram Yang Datang

Tidak sehebat mana hati ini gembira apabila muncul muharram 1433 ini.  Walaupun dah pertengahan Muharram tapi target dan azam untuk tahun ini macam tak berapa nak difikirkan.  Betapalah malangnya saya.  Mesti tanamkan target dan azam untuk tahun ini .  Saya mesti berjanji untuk mencapai target ini.

1.   Belajar untuk puasa pada hari Isnin dan Khamis

2.   Saya mesti mengawal sifat marah ketahap paling minimum.

Inilah KPI separuh tahun untuk tahun hijrah 1433 saya.  Mesti laksanakan dan berusaha untuk mencapainya.  Selamat berjaya Azilawati.


marah oh marah,  berilah kekuatan saya untuk mengurusmu pada tahun ini


Friday 4 November 2011

Korban

Hari Raya Korban dah dekat. Lalu peristiwa pengorbanan hebat  Nabi Ibrahim terhadap Yang Esa   disingkap kembali.  Mulanyal nabi Ibrahim tidak punya anak, setelah dianugerah anak diperintah untuk meninggalkannya di padang pasir dan setelah anaknya besar perintah Allah untuk disembelih puteranya itu. Alhamdulillah nabi Ibrahim berjaya melaksana semua perintahNYA dengan melakukan pengorbanan hebatnya.

Saya mahu mengambil ibrah dari peristiwa ini. Apakah pengorbanan hebat yang saya telah lakukan kepada:-

1.  Ibu dan Ayah
2.  Suami
3.  Anak-anak
4.  Ahli keluarga
5. Rakan taulan
6. Majikan
7. Lain-lain

Semua yang dilistkan tiada pengorbanan hebat yang boleh saya banggakan kepada mereka.  Dan yang lebih penting dan utama bertanya pada diri ini apakah pengorbanan besar dan hebat untukMU Ya Rab dari diri ini.  Wahai Nabi Ibrahim sempena tibanya 10 zulhijjah ini saya ingin mengikut jejak langkahmu berkorban segala-galanya demi menjayakan perintahNYA. Wahai nafsu mahu rasanya kusembelih engkau jika engkau enggan akur dengan perintahNYA.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA


Thursday 27 October 2011

Generasi Y



Saya generasi X.  Mandi di sungai,  minum air telaga,  main galah panjang dan banyak lagi.  Anak saya Generasi Y mandi air panas,  minum air pepsi,  main psp dan banyak lagi.  Kita generasi yang berbeza namun matlamat sepatutnya adalah sama.

Saya kadang-kadang hilang punca untuk menangangani perilaku generasi Y dan saya tak tahu nak handle sikap mereka.  Anak saya tak suka keluar rumah main bola di padang,  tak suka ronda-ronda naik basikal,  tak suka ikut mak ayah pergi makan kenduri. Mereka suka PSP,  suka FB,  suka game di internet,  suka makanan fastfood  dan entah apa-apa lagi.  Telinga sentiasa bersumbat dengan tali...

Hati ini takut,  resah dan gelisah. Saya ke yang tak mengikuti perkembangan zaman atau anak-anak yang dah naik lemak...???///